Saturday, June 3, 2017

PELANCARAN BULAN PANITIA P.ISLAM DAN B.ARAB SERTA PROGRAM IHYA RAMADHAN 2017

Jumaat, 26 Mei 2017 telah diadakan Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam dan  Bahasa Arab serta Program Ihya Ramadhan 2017. Program ini diadakan bersekali dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2017. Acara dimulakan dengan bacaan Yasin oleh semua guru dan murid beragama Islam.



Selesai bacaan Yasin,majlis diteruskan dengan Pelancaran Bulan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Program Ihya Ramadhan 2017 oleh Puan Guru Besar.


Bagi memeriahkan lagi majlis, kumpulan nasyid sekolah telah menghiburkan para guru dan murid dengan beberapa buah lagu. Aktiviti mewarna turut diadakan bagi murid pra sekolah dan tahap satu. Manakala murid tahap dua disajikan dengan pengisian rohani melalui ceramah berkaitan bulan Ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan.





Majlis berakhir sekitar jam 10.30 pagi dengan Puan Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan.


No comments: